Monday, 13 June 2016

Book review: Tales of Mothers



Cover page

Recently I love to read books about motherhood and one of my favorite is Tales of Mother: The Greatest Love. I bought this book in MPH SACC around last year (I don't really remember the exact date or month). I was actually just browsing through some new books and don't have intention to buy any of it. But suddenly I drop my eyes on this book and read through the back cover and I feel it is quiet interesting plus the price is affordable. So i bought it. 

As soon as I read the introduction, I find that it is actually more than interesting, this book is perfect for those who want to read about real life stories of mothers, Malaysian mothers. It is a compilation of stories of Malaysian mother who struggle with their marriage, study, work, money, and other problems while raising their loved ones which is their children. 


Back page 

One of my favorite story is The Choosen Ones, written by Mardhiyyah Sahri who give birth to a preemie twin and one of them couldn't make it and passed away due to TTTS (Twin to twin Transfusion Syndrome). The one who survive later was diagnosed with Celebral Palsy. I cried reading her stories. This bring back the memories when i give birth to Fateh. All praise to Allah. My baby survive and I can't imagine myself being in the shoes of mothers who are raising special needs child. May Allah bestowed them with patience and love. 

More reason why I love this book is the way it is written. It uses simple English, thus making reading process more fun (because you don't have to flip the dictionary often). At the end of this book, there is also a section from experts who share some parenting tips making this book worthwhile to be read. 


Inside the book

However one thing that are lack in this book is stories about average mothers. Most of the stories shared in this book is about mothers who are actually quite good in academic, or have a good family background. It would be more interesting if they can share stories about about mother who drop their high school, getting married at early age, or mothers who taking care of their sick husbands and struggle to raise her kids, or maybe teenagers who making mistakes and having a baby without husband. I am sure there are strong mothers like this outside there and their stories should be share in any of books like this to inspire more mothers like me. 

Till then. Assalamualaikum. 

Thursday, 28 January 2016

Tips melancong ke Thailand secara roadtrip


Travelling dengan kereta memang jauh berbeza dengan kapal terbang. Preparation dengan planning perlu dibuat lebih awal terutama bagi mereka yang pertama kali ingin memandu masuk ke sempadan Thailand. Di sini saya nyatakan beberapa tips untuk mereka yang sedang merancang percutian secara roadtrip ke Thailand.



Travelling with kids?
Sepanjang percutian ini, kami menghabiskan masa kebanyakkannya di dalam kereta. And trust me going for a roadtrip with kids or toddler adalah sangat mencabar T_T dan menguji kesabaran. Pastikan anda membawa sebarang permainan, buku, tablet (it really helps for me), or anything that can make your kids occupied. Make sure also you stop for a break after five to six hours driving to let them burn off energy. 

Follow the procedures!
Selain daripada dokumen perjalanan (passport) dan salinan geran kereta ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian ketika memasuki sempadan Thai. Pertama insurans kenderaan. Ada banyak syratikat insurans di sekitar Changlun dan Padang Besar yang boleh bantu anda berkenaan ini. Perlu diingatkan hanya pemilik asal kenderaan sahaja yang boleh membuat insurans kereta dan bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempoh masa anda di Thailand. Jikalau tak salah kami ambil 500 Baht untuk tempoh seminggu. Jangan lupa bawa bersama passport semua penumpang kereta ketika membuat insurans. Insurans kereta sangat penting dan jika ditahan polis Thailand perkara pertama yang dimohon mereka ialah insurans kenderaan dan jika tiada anda boleh dikenakan denda.

Perkara kedua ialah dokumen kastam. Ketika sampai ke sempadan anda perlu mengisi satu dokumen kebenaran membawa kenderaan ke Thailand. Hanya 1 borang diperlukan untuk 1 kenderaan dan anda perlu membayar RM 10. Salinan borang yang diberikan oleh kastam Thailand ini perlu disimpan sehingga anda mahu pulang ke Malaysia. Pastikan anda pulangkan semula borang kebenaran membawa kenderaan itu ketika di pintu sempadan atau bersedia untuk membayar denda dalam  1000 Baht sehari jika anda merancang untuk datang semula ke Thailand mengunakan kenderaan yang sama. Ini kerana mereka akan menganggap anda masuk ke Thailand dan tidak keluar semula.

Entering Thailand
Jika anda merancang untuk masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar pastikan anda sampai ke pintu sempadan di awal pagi. Seawal jam 7.00 pagi atau bersedia untuk beratur lama untuk proses pemeriksaan imegresen dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya jika anda merancang untuk pulang ke Malaysia. Jika anda sampai di pintu sempadan sekitar jam 7.00 malam bersedia untuk mengharungi kesesakan lalu lintas sehingga ke jam 9.00 malam. Kesesakan di pintu sempadan kadang kala boleh jadi sampai 3 ke 4 jam. Jangan lupa juga pastikan minyak kereta anda berisi sekurang-kurangnya 1 takuk. Sekurang-kurangnya jika terkandas lama tidaklah sampai perlu tolak kereta. Kerana ramai yang pulang ke Malaysia dengan tangki yang kosong kerana berharap mahu isi minyak di Malaysia, tak pasal-pasal terpaksa beli minyak yang dijual dalam botol dek kerana sangkut dalam kesesakan. 

Google Maps 
Aplikasi google maps sememangnya sangat membantu bagi mereka yang mahu melancong secara roadtrip ke Thailand. Tidak perlu risau kerana keadaan jalannya yang elok dan tidak bersimpang siur. Kami gunakan Google Maps sepanjang perjalanan pulang dari Krabi ke Bukit Kayu Hitam. Sangat mudah dan tidak sesat langsung.


Rasanya itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Semoga memberikan manfaat kepada sesiapa yang merancang untuk melancong ke Thailand secara roadtrip. Have a nive holidayTill the next post. XOXO





Monday, 11 January 2016

Roadtrip ke Hatyai dan Krabi (akhir)

Hari terakhir di Krabi, selepas sarapan pagi kami terus bergerak pulang. Plan asal nak singgah bermalam di Hatyai dulu dan buat last minute shopping di Hatyai. Tapi mak minta balik sahaja terus bersama dengan cousin hari tu. Takut katanya sebab tak pernah keluar sempadan sendiri lagi. Jadi sebelum pulang, kami singgah di Emeerald Pool yang terkenal di Krabi. Nak tahu kenapa namanya Emerald Pool?



Nah, lihatlah sendiri airnya yang berwarna biru kehijauan seolah-olah warna hijau zamrud. 

Tapi bila sampai di sini memang indah khabar dari rupa sahaja, kerana saya membayangkan kolam yang besar ibarat Lake Toba di Medan. Bila lihat realitinya hanya kolam sekangkang kera. Lagi-lagi bila sudah dipenuhi orang ramai, memang padat. Bagi sesiapa yang rancang mahu mandi di sini mungkin boleh simpan sahaja niat tu. Pemilik atau pihak pengurusan sewajarnya memikirkan cara untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung terutama bagi pengunjung luar negara yang perlu membayar 200 Baht seorang untuk masuk ke sini.



Emerald Pool menjadi tumpuan pelancong terutama pelancong Barat

Perkara lain yang kurang menyeronokkan di sini ialah tempat menyalin pakaian juga tidak disediakan. Ramai yang saya lihat terpaksa menyalin pakaian di celah-celah pokok. Memang tidak sesuai terutamanya bagi pengunjung perempuan. Kolam ini pula terletak jauh di pendalaman yang mana pengunjung perlu berjalan hampir 800 meter dari pintu masuk sebelum sampai ke kawasan kolam. Mujur hanya saya dan suami sahaja yang masuk ke sini, mak dan adik-adik menunggu di luar kerana tak mahu membayar tiket yang agak mahal bagi kawasan mandi semula jadi seperti ini. 

Updated info: Terdapat toilet yang disediakan tak jauh dari kolam dan tiada bayaran yang dikenakan. saya yang tak perasan rupanya. My bad. huhu. 


Kami masuk ke sini hanya sekadar buat syarat sahaja dan bergambar





Sempat bergambar sebelum keluar 

Walau bagaimanapun, jika anda seorang yang gemar travel sambil melihat keindahan dan keajaiban alam semulajadi ciptaan Tuhan, bolehlah masukkan Emerald Pool ke dalam itinerary anda di Krabi. Kami bertolak dari Emerald Pool sekitar jam 12.30 tengahari. Kalau ikutkan perkiraan saya, kami akan sampai ke sempadan sekitar jam 7 malam. Sepanjang perjalanan kami hanya berhenti untuk mengisi minyak dan solat. Sempat juga beli makanan untuk mengalas perut.

Seperti yang dijangkakan, kami sampai ke Sadao sebelum jam 7 malam. Singgah sebentar di sini untuk membeli beras dan buah tangan. Alhamdulillah sekitar jam 10 malam kami selamat keluar sempadan. Kesesakan trafik di pintu sempadan sahaja mengambil masa 2 jam! Sampai di Changloon kami terus pergi makan dan cari hotel murah untuk berehat sebelum pulang ke Shah Alam keesokkannya. Perjalanan roadtrip yang amat panjang dan meletihkan tetapi penuh dengan pengalaman baru.

Next post ialah tips bagi membuat roadtrip ke Thailand! 

Thursday, 7 January 2016

Roadtrip ke hatyai dan krabi (part 2)


Masuk hari kedua di Krabi, masanya untuk aktiviti island hopping!!!! Island hopping memang sangat best pada saya, tetapi sangat mencabar kalau kita bersama anak kecil. Ketika family holiday di Langkawi penghujung 2014, hanya saya dan suami yang tidak sertai aktiviti island hopping kerana takut nak bawa Fateh naik bot. Kali ini memandangkan Fateh dah masuk 2 tahun. kami beranikan juga bawa dia naik bot bersama. Lagipun, siapa yang nak ketinggalan melihat pantai-pantai cantik di pulau-pulau berdekatan Krabi? 

What is more interesting, we got a good price for island hopping activities. We paid 750 Baht per person. Ini termasuk perjalanan ke 10 pulau-pulau (tapi kami hanya turun bermandi di 5 tempat sahaja) dan makan tengahari. Kami turut dijamu buah-buahan segar ketika di atas bot. Menarik bukan? 



Di dalam perjalanan ke perhentian pulau pertama. 

Since this is an adhoc vacation, we are not well prepared for beach activities. Jika kita bawa anak kecil bersama, seeloknya dipakaikan jaket keselamatan khas untuk mereka. Tapi saya tak sempat nak belikan. My bad. Jadi kami pakaikan pengendong untuk pegang Fateh but this is not a good practice. Sila jangan ikut ya! 



Pantai di pulau-pulau yang bersih dan terpelihara. 


Selain berenang di pantai, kami juga berpeluang snorkeling dan berenang bersama ikan di laut dalam. Sayangnya di Krabi tidak ada terumbu karang, kalau ada rasanya bertambah cantik lagi. Ketika kami sampai ke lokasi untuk snorkeling, Fateh pula tertidur, tak dapatlah mamanya turun untuk berseronok bersama yang lain. Takpa lah next time ya Fateh kita pergi lagi, Nasiblah mamanya dah pernah snorkeling di Tioman dulu. Jadi tak lah kempunan sangat. hehe

Pengalaman paling menduga iman ialah bila Fateh terjaga dari tidur dan menangis tak henti sampai termuntah. Habis kotor baju saya dengan muntahnya. Mamanya dah mula hilang sabar. Tapi kesian pada Fateh pun ya. Macam-macam kami buat untuk tenangkan dia. Alhamdulillah bila kami di sampai di Tub-Mor Islets, tangis Fateh pun reda. Kami cepat-cepat naik ke pantai untuk bersihkan badan.



Dari sini kami berjalan di atas sandbank untuk ke pulau di sebelah sana. 

Dalam banyak-banyak perhentian semasa island hopping, pada saya perhentian di Tub-Mor Islets yang paling cantik sekali.  Tambahan lagi kami datang ketika air surut, bolehlah berjalan kaki atas sandbank untuk ke pulau sebelah. Dapatlah kami hayati keindahan alam dengan tenang. Pantai di sini memang sangat cantik dan kita boleh lihat dengan jelas ikan-ikan yang berenang di pinggir pantai bersama-sama kita.




Alhamdulillah, dapat juga peluang berenang bersama ikan walaupun hanya di pinggir pantai.


Aktiviti kami hari ini tamat sekitar jam 5.00 petang. Naik sahaja ke darat kami terus menyalin baju di tandas dan bilik mandi yang disediakan. Satu pujian untuk industri pelancongan Thailand, pelancong yang datang tidak perlu lagi membayar wang sama ada untuk tempat letak kereta mahupun tandas awam. Semuanya PERCUMA dan BERSIH! I am definitely will come again. 

Pada waktu malam, kami tidak merancang sebarang aktiviti dan hanya makan malam di Restoran Abdullah Halal Food di tengah-tengah bandar Krabi dan singgah mencuci mata di Krabi Night Market. Oh ya, Night Market ini hanya dibuka pada waktu hujung minggu sahaja dari jam 6 petang hingga 9 malam. (Bersambung...)









Sunday, 3 January 2016

Roadtrip ke Hatyai dan Krabi (part 1)

Curi masa menulis tentang roadtrip kami ke Hatyai dan Krabi tempoh hari, percutian yang dirancang di saat akhir. Kami naik satu kereta sahaja, bertolak pada malam selasa sebelum cuti Krismas. Cukup kami tujuh orang, saya, suami dan anak-anak, mak, dan dua orang adik saya. Turut bersama ialah sepupu saya dan keluarganya satu kereta.

Sampai di Kedah sebelum subuh, singgah tidur dan solat subuh di rumah mak cik di Lubuk Merbau, anak dia dua pupu saya yang akan ketuai rombongan cik kiah kami ke Thailand. Tepat jam 10 pagi, kami 3 kereta (sepupu dan juga dua pupu) bertolak ke Thailand melalui sempadan di Wang Kelian. Untungnya masuk di Wang Kelian ialah orang tak berapa ramai berbanding Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Tapi jalan nak masuk Wang Kelian memang berbukit dan sunyi. Tengokkan keadaannya memang seram. padanlah ramai pelarian Rohingya ramai yang disembunyikan di sini.




Dalam tak ramai pun masih beratur juga. Kami beruntung sebab bawa anak kecil, pegawai imigresen Thailand cop passport kami dulu tapi wang seluk pun masih kena beri. Entah kenapa memang mereka minta seringgit untuk satu passport. 

Keluar dari Wang Kelian, kami masuk ke Satun, Thailand. Yang menariknya jalan raya di Thailand memang bagus belaka keadaan jalannya, tol pun tak perlu bayar. Sekitar jam 3 petang lebih kami singgah makan tengah hari di kawasan yang saya pun lupa namanya. Singgah di rumah saudara, seusai solat Asar, kami bertolak pula ke Samila Beach, Songhkla. Pantai yang popular dengan ikan duyung. Tapi bukan ikan duyung sebenar ya! Cuma patung ikan duyung yang diletak di tepi pantai. 



Sempat bergambar walaupun mak larang. Orang tua-tua memang cukup pantang kalau bergambar dengan patung, lagi-lagi yang dipakaikan kalung bunga seperti ni. Kami fikir positif dan tawakal sahaja. Niat hanya nak bergambar kenangan.


Kemudian kami bertolak pula ke Hatyai, sampai di sana sudah hampir pukul 8 malam. Check-in di President Hotel dan terus perlu mengisi perut yang lapar. Yang menariknya di Hatyai, makanan halal memang mudah dicari. Semuanya jenis gerai-gerai di tepi jalan, tetapi kebersihan terjaga. Gerai kami makan ni betul-betul di sebelah hotel. Nak berjalan ke kedai-kedai, tetapi semua kedai dah tutup. Berbeza sungguh dengan Malaysia, lagi malam lagi meriah.



Makan malam di gerai-gerai di tepi jalan, magiknya bila siang hari kawasan gerai ini bersih tanpa sampah sarap yang ditinggalkan penggerai. 


Esok paginya kami bangun awal-awal untuk sesi shopping yang sekejap. Kami diberi masa sejam sahaja untuk membeli barang. Kalau ikutkan logik memang tak cukup masa diberi tapi saya dan mak sempat juga sambar kain sehelai dua. 



Kaedah pengangkutan paling mudah di bandar Hatyai semestinya tuk tuk. Perjalanan pergi dan balik dari hotel ke kedai-kedai hanya berjumlah 160 Baht. Cuma berhati-hati takut ada pemandu yang cuba menipu.  

Pulang membeli-belah, kami terus bergerak ke Krabi. Perjalanan lebih kurang 5 ke 6 jam memandu bergantung pada kelajuan. Kami sampai di Krabi dalam pukul 5 lebih. Sampai-sampai terus singgah makan tengahari. Sebelum tu sempat isi perut ketika singgah rehat di tengah jalan. 

Lepas makan terus check in di Chalet CWL. Jangan ditanya nama penuh chalet ini kerana itu sahaja tulisan yang saya boleh baca yang selainnya dalam bahasa Thailand. Tapi harga chalet memang murah RM 100 untuk setiap chalet. Malamnya kami berjalan-jalan di sekitar bandar Krabi, seperti yang dijangkakan kedai-kedai semua telah tutup walhal jam masih pukul 9.00 malam. Saya, mak, kakak saudara dan makcik saya sempat mencuba Foot Massage di spa. Harga hanya 300 Baht. Cukup affordable bagi saya, sesuai dengan keadaan spa yang kelihatan mewah dan sedikit tertutup, sesuai untuk kita yang bertudung. Habis mengurut kaki, kami terus pulang berehat untuk aktiviti yang lebih mencabar esok hari. (Bersambung..)



Tuesday, 29 December 2015

hello 2016

picture courtesy of this etsy shop

Resolousi 2016 saya:

1. Mahu jadi lebih teratur dari segi pengurusan masa, kerja dan urusan rumah tangga
2. Belajar mengaji dari asas
3. Eat healthy food
4. Rajinkan bersenam
5. Baca sebuah buku sebulan
6. Simpan lebih banyak wang
7. Write a journal 
8. Stay positive
9. Luangkan lebih masa untuk anak dan keluarga
10. Be a better muslim



Wednesday, 17 June 2015

selling cornflakes meringue

Sorry for being hiatus for quite some time. I have been busy with life, 24 hours in a day is not enough for me. Currently, I have been involved with food business, small business I must say. This is a only a small project for Hari Raya. However it is, i still looking for time to do my sewing and crocheting project! I DEFINITELY HAVE TO SCHEDULE MY WORKS PROPERLY. Phew!  

Few updates on my life: 

  • I got a new job in Shah Alam museum. 5 minutes driving from my home. Weeehooo. (Trust me once you are a museum girl, you will always be a museum girl). 
  • My son is now 15 months, and he now able to walk on his own. What a strong boy Fateh. I still remember the moment he still in incubator and the nurse feed him using a syringe because he is too small to feed on his own. Oh, my baby boy has grown up! 
  • I am now learn to start my own business apart from my business venture with my Teja Girls. 
  • I gain weight!!! 
  • ok. i think that is enough for today. 

The main thing is that, i want to promote my very own product (haha) which is Cornflakes Meringue. I am selling in a jar, consist of 50-55 pieces, for only RM23.00!!!! This cookies is VERY CRUNCHY and NOT TOO SWEET. If anyone interested you can email me at farhanishamsudin@gmail.com