Hari terakhir di Krabi, selepas sarapan pagi kami terus bergerak pulang. Plan asal nak singgah bermalam di Hatyai dulu dan buat last minute shopping di Hatyai. Tapi mak minta balik sahaja terus bersama dengan cousin hari tu. Takut katanya sebab tak pernah keluar sempadan sendiri lagi. Jadi sebelum pulang, kami singgah di Emeerald Pool yang terkenal di Krabi. Nak tahu kenapa namanya Emerald Pool?
Nah, lihatlah sendiri airnya yang berwarna biru kehijauan seolah-olah warna hijau zamrud.
Tapi bila sampai di sini memang indah khabar dari rupa sahaja, kerana saya membayangkan kolam yang besar ibarat Lake Toba di Medan. Bila lihat realitinya hanya kolam sekangkang kera. Lagi-lagi bila sudah dipenuhi orang ramai, memang padat. Bagi sesiapa yang rancang mahu mandi di sini mungkin boleh simpan sahaja niat tu. Pemilik atau pihak pengurusan sewajarnya memikirkan cara untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung terutama bagi pengunjung luar negara yang perlu membayar 200 Baht seorang untuk masuk ke sini.
Emerald Pool menjadi tumpuan pelancong terutama pelancong Barat
Perkara lain yang kurang menyeronokkan di sini ialah tempat menyalin pakaian juga tidak disediakan. Ramai yang saya lihat terpaksa menyalin pakaian di celah-celah pokok. Memang tidak sesuai terutamanya bagi pengunjung perempuan. Kolam ini pula terletak jauh di pendalaman yang mana pengunjung perlu berjalan hampir 800 meter dari pintu masuk sebelum sampai ke kawasan kolam. Mujur hanya saya dan suami sahaja yang masuk ke sini, mak dan adik-adik menunggu di luar kerana tak mahu membayar tiket yang agak mahal bagi kawasan mandi semula jadi seperti ini.
Updated info: Terdapat toilet yang disediakan tak jauh dari kolam dan tiada bayaran yang dikenakan. saya yang tak perasan rupanya. My bad. huhu.
Kami masuk ke sini hanya sekadar buat syarat sahaja dan bergambar
Sempat bergambar sebelum keluar
Walau bagaimanapun, jika anda seorang yang gemar travel sambil melihat keindahan dan keajaiban alam semulajadi ciptaan Tuhan, bolehlah masukkan Emerald Pool ke dalam itinerary anda di Krabi. Kami bertolak dari Emerald Pool sekitar jam 12.30 tengahari. Kalau ikutkan perkiraan saya, kami akan sampai ke sempadan sekitar jam 7 malam. Sepanjang perjalanan kami hanya berhenti untuk mengisi minyak dan solat. Sempat juga beli makanan untuk mengalas perut.
Seperti yang dijangkakan, kami sampai ke Sadao sebelum jam 7 malam. Singgah sebentar di sini untuk membeli beras dan buah tangan. Alhamdulillah sekitar jam 10 malam kami selamat keluar sempadan. Kesesakan trafik di pintu sempadan sahaja mengambil masa 2 jam! Sampai di Changloon kami terus pergi makan dan cari hotel murah untuk berehat sebelum pulang ke Shah Alam keesokkannya. Perjalanan roadtrip yang amat panjang dan meletihkan tetapi penuh dengan pengalaman baru.
Next post ialah tips bagi membuat roadtrip ke Thailand!
No comments:
Post a Comment