Travelling dengan kereta memang jauh berbeza dengan kapal terbang. Preparation dengan planning perlu dibuat lebih awal terutama bagi mereka yang pertama kali ingin memandu masuk ke sempadan Thailand. Di sini saya nyatakan beberapa tips untuk mereka yang sedang merancang percutian secara roadtrip ke Thailand.
Travelling with kids?
Sepanjang percutian ini, kami menghabiskan masa kebanyakkannya di dalam kereta. And trust me going for a roadtrip with kids or toddler adalah sangat mencabar T_T dan menguji kesabaran. Pastikan anda membawa sebarang permainan, buku, tablet (it really helps for me), or anything that can make your kids occupied. Make sure also you stop for a break after five to six hours driving to let them burn off energy.
Follow the procedures!
Selain daripada dokumen perjalanan (passport) dan salinan geran kereta ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian ketika memasuki sempadan Thai. Pertama insurans kenderaan. Ada banyak syratikat insurans di sekitar Changlun dan Padang Besar yang boleh bantu anda berkenaan ini. Perlu diingatkan hanya pemilik asal kenderaan sahaja yang boleh membuat insurans kereta dan bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempoh masa anda di Thailand. Jikalau tak salah kami ambil 500 Baht untuk tempoh seminggu. Jangan lupa bawa bersama passport semua penumpang kereta ketika membuat insurans. Insurans kereta sangat penting dan jika ditahan polis Thailand perkara pertama yang dimohon mereka ialah insurans kenderaan dan jika tiada anda boleh dikenakan denda.
Perkara kedua ialah dokumen kastam. Ketika sampai ke sempadan anda perlu mengisi satu dokumen kebenaran membawa kenderaan ke Thailand. Hanya 1 borang diperlukan untuk 1 kenderaan dan anda perlu membayar RM 10. Salinan borang yang diberikan oleh kastam Thailand ini perlu disimpan sehingga anda mahu pulang ke Malaysia. Pastikan anda pulangkan semula borang kebenaran membawa kenderaan itu ketika di pintu sempadan atau bersedia untuk membayar denda dalam 1000 Baht sehari jika anda merancang untuk datang semula ke Thailand mengunakan kenderaan yang sama. Ini kerana mereka akan menganggap anda masuk ke Thailand dan tidak keluar semula.
Entering Thailand
Jika anda merancang untuk masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar pastikan anda sampai ke pintu sempadan di awal pagi. Seawal jam 7.00 pagi atau bersedia untuk beratur lama untuk proses pemeriksaan imegresen dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya jika anda merancang untuk pulang ke Malaysia. Jika anda sampai di pintu sempadan sekitar jam 7.00 malam bersedia untuk mengharungi kesesakan lalu lintas sehingga ke jam 9.00 malam. Kesesakan di pintu sempadan kadang kala boleh jadi sampai 3 ke 4 jam. Jangan lupa juga pastikan minyak kereta anda berisi sekurang-kurangnya 1 takuk. Sekurang-kurangnya jika terkandas lama tidaklah sampai perlu tolak kereta. Kerana ramai yang pulang ke Malaysia dengan tangki yang kosong kerana berharap mahu isi minyak di Malaysia, tak pasal-pasal terpaksa beli minyak yang dijual dalam botol dek kerana sangkut dalam kesesakan.
Google Maps
Aplikasi google maps sememangnya sangat membantu bagi mereka yang mahu melancong secara roadtrip ke Thailand. Tidak perlu risau kerana keadaan jalannya yang elok dan tidak bersimpang siur. Kami gunakan Google Maps sepanjang perjalanan pulang dari Krabi ke Bukit Kayu Hitam. Sangat mudah dan tidak sesat langsung.
Rasanya itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Semoga memberikan manfaat kepada sesiapa yang merancang untuk melancong ke Thailand secara roadtrip. Have a nive holiday! Till the next post. XOXO
Rasanya itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Semoga memberikan manfaat kepada sesiapa yang merancang untuk melancong ke Thailand secara roadtrip. Have a nive holiday! Till the next post. XOXO
No comments:
Post a Comment