Masuk hari kedua di Krabi, masanya untuk aktiviti island hopping!!!! Island hopping memang sangat best pada saya, tetapi sangat mencabar kalau kita bersama anak kecil. Ketika family holiday di Langkawi penghujung 2014, hanya saya dan suami yang tidak sertai aktiviti island hopping kerana takut nak bawa Fateh naik bot. Kali ini memandangkan Fateh dah masuk 2 tahun. kami beranikan juga bawa dia naik bot bersama. Lagipun, siapa yang nak ketinggalan melihat pantai-pantai cantik di pulau-pulau berdekatan Krabi?
What is more interesting, we got a good price for island hopping activities. We paid 750 Baht per person. Ini termasuk perjalanan ke 10 pulau-pulau (tapi kami hanya turun bermandi di 5 tempat sahaja) dan makan tengahari. Kami turut dijamu buah-buahan segar ketika di atas bot. Menarik bukan?
Di dalam perjalanan ke perhentian pulau pertama.
Since this is an adhoc vacation, we are not well prepared for beach activities. Jika kita bawa anak kecil bersama, seeloknya dipakaikan jaket keselamatan khas untuk mereka. Tapi saya tak sempat nak belikan. My bad. Jadi kami pakaikan pengendong untuk pegang Fateh but this is not a good practice. Sila jangan ikut ya!
Pantai di pulau-pulau yang bersih dan terpelihara.
Selain berenang di pantai, kami juga berpeluang snorkeling dan berenang bersama ikan di laut dalam. Sayangnya di Krabi tidak ada terumbu karang, kalau ada rasanya bertambah cantik lagi. Ketika kami sampai ke lokasi untuk snorkeling, Fateh pula tertidur, tak dapatlah mamanya turun untuk berseronok bersama yang lain. Takpa lah next time ya Fateh kita pergi lagi, Nasiblah mamanya dah pernah snorkeling di Tioman dulu. Jadi tak lah kempunan sangat. hehe
Pengalaman paling menduga iman ialah bila Fateh terjaga dari tidur dan menangis tak henti sampai termuntah. Habis kotor baju saya dengan muntahnya. Mamanya dah mula hilang sabar. Tapi kesian pada Fateh pun ya. Macam-macam kami buat untuk tenangkan dia. Alhamdulillah bila kami di sampai di Tub-Mor Islets, tangis Fateh pun reda. Kami cepat-cepat naik ke pantai untuk bersihkan badan.
Pengalaman paling menduga iman ialah bila Fateh terjaga dari tidur dan menangis tak henti sampai termuntah. Habis kotor baju saya dengan muntahnya. Mamanya dah mula hilang sabar. Tapi kesian pada Fateh pun ya. Macam-macam kami buat untuk tenangkan dia. Alhamdulillah bila kami di sampai di Tub-Mor Islets, tangis Fateh pun reda. Kami cepat-cepat naik ke pantai untuk bersihkan badan.
Dari sini kami berjalan di atas sandbank untuk ke pulau di sebelah sana.
Dalam banyak-banyak perhentian semasa island hopping, pada saya perhentian di Tub-Mor Islets yang paling cantik sekali. Tambahan lagi kami datang ketika air surut, bolehlah berjalan kaki atas sandbank untuk ke pulau sebelah. Dapatlah kami hayati keindahan alam dengan tenang. Pantai di sini memang sangat cantik dan kita boleh lihat dengan jelas ikan-ikan yang berenang di pinggir pantai bersama-sama kita.
Alhamdulillah, dapat juga peluang berenang bersama ikan walaupun hanya di pinggir pantai.
Aktiviti kami hari ini tamat sekitar jam 5.00 petang. Naik sahaja ke darat kami terus menyalin baju di tandas dan bilik mandi yang disediakan. Satu pujian untuk industri pelancongan Thailand, pelancong yang datang tidak perlu lagi membayar wang sama ada untuk tempat letak kereta mahupun tandas awam. Semuanya PERCUMA dan BERSIH! I am definitely will come again.
Pada waktu malam, kami tidak merancang sebarang aktiviti dan hanya makan malam di Restoran Abdullah Halal Food di tengah-tengah bandar Krabi dan singgah mencuci mata di Krabi Night Market. Oh ya, Night Market ini hanya dibuka pada waktu hujung minggu sahaja dari jam 6 petang hingga 9 malam. (Bersambung...)
No comments:
Post a Comment