Wednesday, 29 January 2014

List barang untuk beranak

Kesian blog ni lama kena tinggal. Tuan tanah malas nak update. Minggu ni aku dah masuk minggu ke 28 pregnant. Next week dah masuk 3 trimester. Berdebar seh. Takot pon yer sebab tak boleh bayang sakit beranak tu macam mana. Masa kena urut hari tu pon dah terjerit-jerit. Since dah nak dekat sangat beranak so aku memang tengah start nak beli-beli barang kelengkapan bersalin ni. Kak long dah bagi list hari tu tapi sekarang ni konfius sebab tak tahu nk start dari mana. Ada yg kata jangan beli banyak sangat kang budak cepat besar dah tu orang pon banyak kasi barang. Ok tu kalau ada yang kasi. Kalau tak der mahu mengagau nanti. Pagi tadi tanya kak long dia kata start dengan keperluan nk masuk ward dulu. Ni mmg reasonable. So list utk masuk ward ialah: 

a) baju bukak depan. Cari kain yang selesa. - 2 helai
b) kain batik - 2 helai
c) skirt labuh atau seluar panjang - 2 helai
d) spender besar - 6 helai
e) maternity pad - 1 pek
f) nursing bra - 3 helai
g) tudung instant - 2 helai
h) tuala - 1 helai
i) toiletries

Apa lagi yer. Ok besok update balik kalau ada yg tertinggal

No comments:

Post a Comment