Pendidikan anak-anak bermula dari 3 peringkat
- Sebelum Mengandung
- Semasa Mengandung
- Selepas Mengandung
- Sebelum mengandung, wajib berkahwin. Sebelum berkahwin, pastikan bakal pasangan yang akan dikahwini mempunyai latarbelakang agama yang baik.
- Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya sentiasa dijauhkan daripada godaan syaitan dan dikurniakan zuriat yang baik.
Amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung:-
- Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
- Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
- Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)
- Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
- Banyakkan berzikir
- Banyakkan membaca Al-Quran
- Banyakkan baca buku ilmiah (i.e. kisah-kisah nabi, kisah-kisah para sahabat dll)
- Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
- lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
- Tidak terlalu tertekan atau stres.
- Menjaga adab dan emosi terhadap suami/isteri
- Makan makanan yang baik (i.e. makanan dpd bahan-bahan yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal)
- Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
- Rajin mengukirkan senyuman
- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Perkara-Perkara yang perlu dielakkan oleh suami/isteri ketika isteri mengandung:-
- Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
- Elakkan makan dam minum makanan yang haram
- Elakkan makanan yang berbisa (i.e. ikan semilang, ikan pari, nenas, tapai dll)
- Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
- Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
- Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
- Jauhi pertuturan yang negatif
- Jauhi membuka aurat
- Jauhi amalan khurafat
- Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
- Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
- Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
- Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
- Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
- Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
- Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
- Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)
Amalan suami/isteri selepas melahirkan anak
- Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas zuriat yang dikurniakan dan war-warkan kepada sanak-saudara, rakan-handalan dan jiran-tetangga.
- Azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi.
- Mendoakan dan membaca surah-surah tertentu
- Ibu hendaklah menyusukan anak semenjak anak dilahirkan.
- Mentahniqkan anak ( kunyah, buah kurma dan digosokkan ke atas lelangit anak, sebaiknya dilakukan oleh seseorang yang soleh)
- Menamakan anak dengan nama yang baik-baik
- Mencukur rambut bayi
- Melakukan akikah
- Melakukan khitan/khatan
- Mendidik anak untuk beriman, beramal soleh dan berakhlak soleh.
No comments:
Post a Comment