Monday, 21 January 2013

My style

U know what, saya selalu berangan saya orang kaya dan boleh beli semua baju yang stylo mylo. Saya selalu berangan saya orang kaya dan boleh pakai semua baju yang cantik-cantik di dunia ini. Saya selalu berangan saya kaya dan ada wordrobe baju sendiri sampai rambang mata tak tahu nak pakai yang mana satu. Saya selalu berangan saya kaya dan boleh main matchingkan baju ikut taste diri sendiri. Saya selalu berangan macam ni. Sebab saya bukan orang kaya. T______T. Tapi saya kaya dengan budi bahasa.. Tiba jaaa

Sekarang ni, melalui website polyvore, saya boleh jadikan angan-angan saya selangkah menuju realiti. Walaupun semua itu bukan baju saya. Hhehe. Dekat polyvore, kita boleh create kombinasi baju ikut citarasa kita sendiri. Macam saya, saya tak suka baju yang girlie-lirlie sangat. Semenjak kecik saya dah dipakaikan baju macam budak laki. Mak cakap dulu ayah nak sangat anak lelaki tapi asyik dapat perempuan je. Bila saya lahir ayah selalu belikan baju lelaki dan melekatlah sampai ke besar tak biasa pakai baju yang girlie-girlie ni.

So basically, gaya saya ialah ala-ala perempuan lasak tak berapa nak lasak giteww. No kasut-kasut tumit tinggi yang menyiksa kaki untuk berjalan. No baju renda-renda atau ropol-ropol. NO WAY JOSE. Flat shoes pun saya start belajar pakai masa tahun ketiga dekat UKM. Sebelum tu belasah pakai converse je hari-hari pergi kelas. Bila dah dewasa ni (eceh), barulah terasa nak pakai macam perempuan-perempuan sikit gituu.. Auw...Oh by the way jangan lupa follow ai di polyvore. Gituuu. http://farhani.polyvore.com/




Kombinasi baju pilihan saya.





No comments:

Post a Comment