Thursday, 8 November 2012

bunga lipat..

suka hati aku je bagi nama bunga lipat.. tapi sememangnya itu lah kaedah yang digunakan untuk hasilkan bunga fabrik ini. Gunting, lipat dah jahit.

Langkah pertama yer adik-adik, kita gunting kain dalam bentuk bulat-bulat. haha.. mesti ada yang kata bulat lagi. Tapi bentuk  bulatlah yang paling praktikal sekali dalam seni kraf itu.. gitu.. menurut kata guru yang baru belajar (saya lettew)..

Langkah kedua lepas gunting bulat ialah gunting bulat kecil dari kain felt untuk dijadikan sebagai tapak atau dalam bahasa omputih base gitu.. Fabrik yang sudah digunting bulat tadi kemudian kita lipat lagi dua.. dan yang kemudian lipat lagi sekali tapi tidak sama rata.. tinggalkan lagi separuh bahagian..

kemudian ambil bahagian yang sudah dilipat separuh itu dan jahit pada base felt.. saya jahit dua kali jer.. kemudain kita lipat bulatan yang lain dan sambung jahit pada base felt itu sehinggalah penuh ruang.. maka jadilah bunga yang fluffy ini..nampak efek kembang-kembang sikit..


Boleh nampak kan lipatan-lipatan separuh.. kalau tak nampak pendek umur. huhu

untuk cantikkan lagi, boleh jahit beads, butang atau any embellishment yang dirasakan bersesuaian.. siap!

eh eh lupa, lepas dah siap, kita HARUS, harus yer securekan lipatan-lipatan dengan gam tembak.. supaya bulatan-bulatan itu tidak lari.. kang tak larat nak kejar..


Sebenarnya ada banyak kaedahnya lagi yang kita boleh gunakan untuk buat bunga ini, tapi aku pilih yang ini  sebab tidak memerlukan banyak fabrik sangat.. memandangkan aku buat untuk wedding favour, maka haruslah berjimat kan..


ok lah sampai sini sahaja.. tatatiti tutuuuuuuuuuuu...


No comments:

Post a Comment