Tuesday, 25 September 2012

Sewing cushion cover with mustache applique

Masihkah dikau ingat bila daku berkata bahawa daku ingin menjahit bantal bercorak misai untuk yang tersayang? Dengan ini ingin daku memberitahu bahawa misi daku berjaya!!! Wahhh gong xi! gong xi!... Ini kakak manyak hebat wooo jahit itu bantal sama itu abang woo.. Ini macam boleh jadi isteri mithali maaa.. 
(Mata ke atas, tangan ke dada). Anyway, saya saja nak tunjuk hasil yang telah saya buat hujung minggu ini. I is happy uols.  


Fabric is not very cheap, but the texture is not very good. Boleh? Kain mahal tapi kualiti kain tak berapa nak sedap. (sebab tu kasi kat pacek an.hiks). Tapi tu lah nak buat camno, dah terbeli pakai je lah kan. Tips untuk yang tidak berapa nak pandai beli fabrik untuk kraf, sila usha banyak kedai kain online atau offline jika tidak mahu kerugian. Saya guna kain linen raw. (linen kasar kalau ditranslatekan). Jadi menjawab soalan mengapakah teksturnya agak kasar sedikit. Tidak sesuai buat bantal pon, tapi ada aku kesah. First trial kan. Aku belasah je. Pattern misai jantan itu pula boleh didapati di sini. Banyak jer yang lain. pergilah rajin mencari. 

Pattern jahit kusyen pulak saya ambil kat mana entah, malas nak cari balik. Zaman belum pakai pinterest lah katekan. So link-link ini selalu hilang. Moral of the story, sign up untuk pinterest. Hidup pun jadi mudah. Ok. Kembali ke topik asal. Saya tidak guna zip pun. Sebab masuk zip kang boleh rosak. Jadi bahagian belakang dia sama macam sarung bantal kita kat rumah tu. Lebihkan sikit kain untuk secure bantal supaya tidak keluar dari sarung kusyen. Itu sahaja. Oleh sebab dah pandai buat sarung kusyen, makanya dapat gaji bulan ni wajib menyerang nagoya. Kain cotton bodoh-bodoh (biasa-biasa) banyak yang murah-murah. Tak payah cotton designer sangat kannnn. Tak sabar. tak sabar. Hiks


Cushion with alphabets? Hm.. Idea yang bernas. Sumber di sini

No comments:

Post a Comment