Friday 16 November 2012

tunic/blouse refashion

hola!

salam maal hijrah kepada semua. Semoga tahun ini kita akan menjadi muslim dan muslimah yang bertambah baik, beriman dan sentiasa bertakwa kepadaNya. Amin ya rabb al amin.

Baiklah, hari ini mari kita bercerita tentang refashion baju. Nak tulis cepat-cepat sebab aku curik masa dekat ofis sementara tunggu rombongan cik kiah dari korean ambassy. Matilah aku, bos aku suruh cakap hangugo (korean language) , but aku banyak dah lupa woh. Mati mati lahh.. T_T

Ok, jangan buang masa lagi. Menaip dengan cepat. Semalam aku alter baju sendiri. Dan aku suka dengan hasilnya!!! Yeepiii..

Baju ini sebenarnya ialah blouse hitam.. lebih kurang macam blouse lahh tapi ada orang pangil tunic, ahh tak kisah lah mana satu. Kak ngah bagi baju ni kat aku beberapa tahun lepas sebab dia tak muat. Aku pakai beberapa kali dan terus duummmm masuk dalam almari sampailah beberapa hari lepas tiba-tiba aku teringin nak pakai.

But the thing is bila aku tengok-tengok jaaa... ehhh. koyak.. dekat bahagian lengan T_____T
Nak buat macam mana kan, setiap yang berlaku ada hikmahnya, kebetulan aku paling tak suka part lengan baju tu, maka terus dapat idea, kita alter jer baju ni, buang part lengan dia jadiklahhh no sleeve.. kekekkekeke



Bahagian lengan dia yang ada ropol-ropel sikit makes my arm looks like jantan's arm you knowww..



So lengan pertama sudah selamat aku kerjakan, aku terus semangat nak buang lengan kedua sampailah aku perasan ini......

 
Der, rupanya dah ada koyak lagi kat bahagian dekat ketiak dia.. PFFTTTTT.. adakah ini membuktikan teori bahawa baju yang lama tidak dipakai akan memakan dirinya sendiri itu betul????

Lantas fikiran aku yang cerdas ini terus terfikir untuk kecilkan sekali bahagian badan baju ini, maka tak nampak lah bahagian koyak kat ketiak tu. sebab dah lipat masuk dalam.. bijakk tak? bijak tak? hiks.


Ok, ini ialah gambar baju sebelum aku potong, plan aku ialah untuk jahit di bahagian tepi badan (dua-dua belah kiri dan kanan).. ukuran aku agak-agak jer,.. (dasar pemalas huhu... )

So tindakan pertama yang kita perlu buat dahulu ialah kecilkan baju, kemudian baru kita jahit / kelim bahagian lengan yang telah kita rabakkan yer...

Part kecik kan baju tu rasanya senang jer sebab hanya perlu jahit lurus beberapa cm sebelum bahagian sisi baju, ukuran sukahatidotcom, tapi make sure jahitan lurus dan balance untuk kedua-dua sisi. matikan jahitan atas bawah dan siap bahagian pertama.

Part kedua ni kita perlukan kesabaran dan ketekunan sikit yer, tapi tak susah pon. Serius! Bahagian lengan yang kita mahu kelimkan itu korang iron dulu sebelum jahit, lipat dalam beberapa mm, kemudian gosok, dan lipat lagi sekali kemudian gosok. (ehh korang faham ke apa aku cuba terangkan ni)

Semasa menjahit lengan ini, pastikan tangan korang pon kena betul-betulkan lipatan tu semula, kalau tak nanti dia lari, tak sempat nak kejar. hoho.. Dan kemudian,  siap!!! Eh kejap jer? yaaa memang kejap pon.



Ini ialah hasil akhirnya. Aku pakai dengan cardigan ok, syariah compliance gitu.. But basically, baju ini memang tak ada lengan and sangat sesuai pakai dengan cardigan. Aku paling suka details dekat dada baju ni so sebab tu rasa sayang nak buang. So even dah koyak dekat lengan, but after few alterations made,, tadaaaa.. it is still can be worn.. Jimat duit tak yah beli baju lain. Huhuhu..


No comments:

Post a Comment