Friday 16 August 2013

tips membuka perniagaan kraf

Saya berazam untuk serius dalam bidang craft. Saya sedang mencari beberapa tips di internet bagi membina perniagaan kraf saya. Sejujurnya, saya pernah mencuba, tapi tidak berjaya. Rasa kecewa dan malas, terus berhenti jer. Tapi saya tahu banyak kelemahan saya di situ. Buat sambil lewa, jadual tak tersusun, bertangguh-tangguh kerja, idea tak kreatif. Banyak lagi lah. Tapi kebelakangan ni rasa terangsang tengok kawan-kawan yang berjaya dalam bisnes. Lantas kali ini saya berazam nak buat lebih bagus lagi. Ada beberapa tips yang saya pelajari dari craft blogger dari luar negara.


Dulu saya bangan buat benda seperti brooch dan pouch mini. Dapat banyak juga tempahan tapi saya rasa persaingan untuk brooch terlalu banyak. Competition daripada segi harga dan design pulak. Maka saya perlu fikirkan barangan kraf lain yang orang berminat untuk beli. Saya sedang fikirkan hadiah kraf untuk dijadikan hadiah kahwen, seperti set mug cozy his and hers yang saya buat dahulu. Atau mungkin sarung cushion his and hers juga. Tapi design yang lebih kontemporari dan praktikal untuk digunakan

Dalam bidang bisnes ni pulak, ada naik dan ada turunnya. Silap saya dulu, saya berhenti bila saya turun. Sepatutnya saya teruskan juga mengait walaupun tak ada orang beli barang saya. Bahkan kena improvise barang sampai ada yang mahu beli. Bukan terus berhenti.

Saya harus akui yang saya bukan juru gambar yang bagus. Buta kamera. Tak faham lighting dan semua yang yang berkaitan dengannya. Sekarang ni tengah belajar edit gambar guna pic monkey. Alhamdulillah, sangat menyenangkan. Jadi gambar sebelum masuk blog memang touch up kasi molek sikit dengan pic monkey :)

Saya rasa masalah yang paling common untuk semua crafter ialah harga. Crafter selalu salah letak harga. Salah letak harga yang murah pula tu, bukan yang mahal. Ini adalah sebab kebanyakkan orang fikir kalau barang handmade ni murah. "Elehh ni buat sendiri ni mesti murah jer kan?" Ya, ramai pelanggan selalu fikir macam tu. "Heh korang tahu tak susah nak buat benda ni, kalau senang pun korang tahu ke buat hahhh???!" Getus hati saya yang marah.. Tapi takat dalam hati je lah. Muka kita senyum ja.

Antara benda yang saya sedang lakukan sekarang ialah buka akaun untuk secara jadah sosial media. Untuk merketing katanya. Tapi setakat ni saya buat slow slow dulu lah. Tak da pun nak iklankan kat ramai orang lagi. Sebab baru tengah kerah otak untuk product design. So kita hold dulu yang ini. 

And ultimately, misi yang terkahir saya ingin capai ialah bukak etsy shop sendiri atau participate dalam bazar kraf. Sebab saya peraya crafter tak boleh stay dalam alam maya jer. Kena keluar and meet peoples, Create network. Barulah berjaya. 

Doakan saya yer. Ameen..

1 comment:

  1. Akak sokong impian Hani ni, will always be a customer!

    ReplyDelete