Wednesday 20 March 2013

Talking about my wedding dress

Hari ini saya mahu cakap tentang baju kahwin saya yang mula-mula saya biasa-biasa jer suka, tapi lepas pakai time kahwin terus suka sangattttt!!. Tak menyesal saya buat baju kahwin sendiri sebab lepas ni boleh pakai bila-bila saja saya rasa nak syok sendiri jadi pengantin walaupun time tu dah beranak lapan. boleh?

Konsep baju kahwin saya sangat simple. Sesimple pemakainya gitew.. Syarat pertama saya beri pada mak sebelum beli kain ialah NO kain chiffon, NO kain lace pengantin yang jarang dan banyak manik, Kalau kain songket YES, tapi saya hanya nak songket Terengganu jer (eceh..demand) so tak mampu nak beli kot. Cotton lace pun saya suka tapi harga sangat mahal ai is tak mampu. T_______T. Jadi mak tunjukkan saya kain cotton bersulam. Mak kata kain ni dia dah usha time saya nak tunang lagi tapi waktu tu kebetulan kami dah ada kain so guna sajalah apa yang ada buat apa membazir kan. 

Tapi walau hanya kain cotton sahaja, masa nak bayar tu mahu gugur jugaklah bulu-bulu ke lantai sebab harganya even lepas tawar dengan staff Jakel pun cecah 60 hinggit semeter. Nanes. Inilah kain paling mahal saya pernah beli seumur hidup ini. Tapi sebab dah suka pejam mata je lah. Padahal masa tu tak terfikir pun design baju apa nak buat nanti.






Lepas dah siap jahit inilah bajunya. Tailor tu suggest untuk tambah batu-batu kasi berkilat supaya orang yang datang tak nampak lebih cantik dari saya. Baju ni a bit ketat sikit so nasib baik ada spanx bolehlah menyorokkan lelemak tepu. Yeayy.



Baju nikah by Shahida Shariff

Untuk baju sanding pula sayadapat inspirasi dari baju pengantin oleh shahida shariff. Simple n sweet gitu. (Eh baru perasan baju nikah n sanding lebih kurang sama ni). So pergi jakel balik dan tunjukan dengan sales person design baju yang saya nak buat dan dia suggest beli kain bridal ducthess.Sumpah saya tak tahu apa jenis kain ini, keras semacam tapi berat. Bangla yang jual kain ini siap acu dekat badan dia nak yakinkan betapa kain ini akan ikut flow dan jatuh ke bawah bila kita pakai walaupun dia keras. Saya gamble jer beli siap dengan lace (pilih yang paling murah) dengan harapan akan tercapailah impian baju pengantinku.

Saya hantar baju dekat Zan's tailor ke Zan's design dekat tingkat 1 Medan Mara after recomendation daripada Kak Long. Baju pengantin kak long saya dulu ala-ala Nora Danish kot (mampu kau?). Dan hasilnya Alhamdulillah, amat memuaskan dan berbaloi dengan regenya. I is happy :)))))









Baju nikah turut ditambah jahit manik di bahagian atas dan lengan. Bahagian bawah hanya letak batu warna pink dan biru untuk kekalkan konsep minimalis. Ecehhh.. minimalis sangat..



P/S: Ramai jugak yang puji cakap pengantin saya cantik. Apalagi. Kembang semangkuklah. Hiks.




5 comments:

  1. cantik :').., simple is best

    ReplyDelete
  2. hi, boleh share contact number tailor zan's tu tak? berapa upah dia ye? tq ;)

    ReplyDelete
  3. hi, boleh share contact number tailor zan's tu tak? berapa upah dia ye? tq ;)

    ReplyDelete
  4. hi, boleh share contact number tailor zan's tu tak? berapa upah dia ye? tq ;)

    ReplyDelete
  5. hi, boleh share contact number tailor zan's tu tak? berapa upah dia ye? tq ;)

    ReplyDelete