Thursday 4 October 2012

bunga stoking sebagai bunga telur

Hari ini nak cerita tentang bunga stoking. Atau bahasa English dipanggil nylon flower. Mungkin merujuk pada material stoking tu kot, nylon. Untuk pengetahuan anda-anda di luar sana, yer anda semua, dengan ini ingin diberitahu bahawa saya akan menggigihkan diri sendiri untuk menyiapkan bunga telur untuk wedding sendiri.. Uwaaaa nak nanes sebenarnya. So much work to do, but so little time.. Camana ni wehhhh... 

Walaupun bunga telur stocking ni macam dahhhh sooooo 1990s lah kan... (trend sekarang aku tengok bunga telur dari paper flower jer kaw... kelasss) Tapi memandangkan mak teh saya macam dah beriya sangat nak tolong buatkan bunga stoking dan saya pun malas nak fikir lain, maka layankan sahaja lahhh.. Ada juga terpikir nak buat paper flower dari crepe paper sebenarnya tapi I is malas nak mencari crepa paper yang special sangat tu seperti yang mak teh request. Siap suruh cari pengeras kertas lagi... Ahhhh malas.malas. malas.. So bunga stoking pun ok jugaklah... 

Sekarang ini kami dalam peringkat membuat rangka kelopak bunga, maka jari-jemari gajah ini sedang sibuk bermain dengan dawai.. Oh god this work really needs passion and determination and.... strong fingers!(tiba-tiba ayat omputeh). Bila nak pintal-pintal dawai tu, hazabnya hanya tuhan yang tahu wehhh..


Saya buat kelopak dalam dua saiz, satu besar dan satu kecil. So peringkat awal ialah membentukkan dawai dalam bentuk bolattt agar mudah untuk dibentukkan jadi kelopak bunga. Mak teh aku kan stail asal boleh, jadi dia guna penutup botol susu anak dia and bekas bedak hibka (bedak bubuh kat ketiak tu) untuk bentukkan saiz bulatan itu. Maka aku pon ikut kaedah yang sama.



Dalam masa yang sama kita orang juga menggunakan dawai untuk melilit manik-manik supaya boleh buat putik bunga pulakkk... Sebab tema aku kan tiffany blue and pink (ewah) mak aku bantai guna manik warna yang sama.. Aku pun tak pasti hasilnya nanti cantik ke tak.. bersamalah kita mendoakannya.. Tsk. 

Sementara itu mari lihat hasil yang mak teh aku buat untuk kazen kawen. Tema purple pink. Inilah pertama kali aku tengok belah laki kawen tema purple pink..


1 comment: