Sunday 8 September 2013

Berjimat dengan sistem cash envelope oleh dave ramsey

InsyaAllah hujung bulan ni saya dengan panek an akan start pindah rumah baru. Sebenarnya saya risau gila pasal kewangan kami lepas duduk sendiri ni. Selama ni duduk rumah mak so tak terasa sangat sebab at least time tengah sengkek gila tu kalau balik rumah jer.. Tadaaa.. Ada makanan. Makan jaa apa yang ada. Tapi kalau dah duduk sendiri ni kalau balik tengok takda makanan.. mahu tak haru? Tak kan nak tadah muka kat rumah mak kot. Malu nyaa dah besar- panjang.. dah kawin dah nak ada anak pun mak tanggung semua. Ishh. Cheq tak sanggup.

So lately saya tengah berjinak-jinak dengan sistem cash envelope oleh dave ramsey. Siapa tu dave ramsey? dave ni ialah mat salleh botak yang pakar tentang kewangan. Menurut sistem dave ramsey ni, setiap awal bulan, masa tengah kaya sebab gaji baru masuk, kita KENA buat Budget untuk setiap perbelanjaan kita. Meaning that kita allocate budget untuk setiap benda termasuk benda yang kecil2 seperti bayar duit tol. So kita bahagikan pendapatan kita dan masukkan dalam envelope yang telah diasing-asingkan. 

So dalam bulan tu setiap expenses yang kita keluarkan kita hanya boleh ambil dari dalam evvelope yang telah kita asingkan. Do not overspend lebih dari apa yang kita telah masukkan dalam envelope tu. Let say 400 untuk groceries maka belilah groceries ukt bulan tu dengan duit 400 ringgit yang telah disiapkan. Lebih dari tu JANGAN! Jangan keluarkan duit simpanan dari bank atau curi duit dari envelope lain untuk benda lain. JANGAN! amaran keras ok. 

Sometimes most of us prefer to use online transaction daripada wang tunai. So simpan resit bayaran dalam envelope yang dikhaskan. Hujung bulan nanti tgk ada tak balance lebih-dari apa yang telah kita allocate.. Kalau ada balance boleh masuk bank atau tambah untuk budget bulan yang berikutnya. Saya dah buat untuk satu bulan. so far, hanya belanja makan bulanan jer yang terover budget. Cess.. Bulan depan nak kena gigih lagi tahan diri dan kawan nafsu dari berbelanja lebih. 

Untuk memudahkan pelaksanaan sistem envelope saya ni, saya telah jahit wallet envelope dari perca baju raya tahun ni. Saya dari patternnya dari sini. Selamat mecuba dan selamat berjimat!

 Pandangan depan. Kalau perasan strap wallet ni ada senget sikit.. Salah bugste masa nak jahit butang. Hehe.



Pandangan sisi. Saya guna zip pelbagai warna supaya senang nak kenal pasti envelope. Kang tak pasal ada yang tengok envelope shopping ada banyak wet lagi.. Wohaaaaa. Lepas dah shoping-shopping sakan. Sekali baru sedar dah tersalah envelope. Guna duit groceries untuk beli baju. Nanges tak berlagu lah nanti. T_____T



3 comments:

  1. aaaaa,..dah terjah blog step by step tu..tp cam tak reti nk buat je...farhani takde open for order ke? ;) nk guna jgkk...sbb kita pun ada sistem ni

    http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/susunatur-dalam-handbag.html

    ReplyDelete
  2. alamak... saya masih tak konfiden lagi nak amek tempahan jahit dari orang.. maklumlah jahit pon tak berapa nak kemas lagi.. tapi insyaAllah in the future kalau dah pandai jahit saya bukak untuk tempahan yer. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa yeke..aci dak nti watkn step by step version farhani? yg simple mimple pun voleyy..;)

      Delete