Friday 11 January 2013

random post - tak tahu nak bubuh tajuk apa.

Esok aku telah merencanakan sesuatu yang penting dalam hidup aku, iaitu menyiapkan bunga telur aku. Eh penting ka tu? yaa, penting! Penting demi menjaga air muka aku yang dah gebang satu dunia pasal benda ni. Rasanya dah berapa kali aku sebut kot, tapi kerja tak jalan-jalan. Kan best kalau sebut jer terus siap bunganya. (Jangannakmimpi).

Lately aku down sedikit sebab banyak benda yang tidak menggembirakan telah berlaku. Tapi aku percaya Allah s.w.t telah merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku di masa depan, maka hidup harus diteruskan. Chaiyok Farhani. You can do it! Gitu. 

Lately juga aku sedang berusaha untuk memajukan kerjaya aku dan aku berharap ini juga ialah antara perancangan Allah untuk aku. Ameen.. so doakan aku yer. Namun begitu, walaupun aku tengah down and tak da mood untuk bersuka-ria sekarang lagi-lagi masa yang semakin suntuk, suka untuk aku kongsikan bersama gambar bunga telur aku yang masih tidak siap lagi. Ke ayat yang lebih tepat ialah bunga telur aku yang baru siap sebatang. #matilahakumacamni.. tsk.

Aku tak pasti sama ada aku pernah ke tak tunjuk gambar ni, nak check archive tapi macam malas, so kalau pernah tengok tu korang abaikan jerlah ok.


No comments:

Post a Comment