Sunday 6 January 2013

jahit beg telekung

Nak tahu satu benda? Selama ni saya letak telekung dekat ofis dalam bag plastik jer, tapi entah kenapa last week tiba-tiba terasa nak jahit beg telekung untuk telekung saya ni. Haih, kain yang digunakan untuk jumpa Allah mestilah kena simpan cantik-cantik dalam beg yang cantik. Jadi ini ialah beg telekung yang baru saya siap jahit sekejap sahaja tadi. Potong minggu lepas sebenarnya, tapi malas nak jahit, baru hari ini teringat nak sambung. Pattern saya dapat dari sini. Review daripada saya ialah :

1. Gunakan kain yang lebih keras macam linen ke, sebab beg ni ada shape dia, kalau keras baru nampak shape. 
2. Potong kain elok2, sebab kalau tak susah nak jahit, sebab again beg ni ada shape, kalau salah potong nanti dia lari time jahit, tak sempat nak kejar kang. 
3. Kalau rasa nak tambah poket di bahagian dalam pun smart jugak. 




Dan satu lagi, pastikan kain yang digunakan cukup kalau tak jahit jadi macam beg saya ni. Kain lining sebelah lain, sebelah lain. Hamik kau. Lepas potong baru perasan, eh kain tak cukup. Terpaksa potong kain lain. 




Bila dah siap rasa puas gila. Maka hati yang girang ni terus bawa tunjuk kat mak beg yang dah siap ni. Mak saya terus 
" Baguslah, bak sini bagi mak, mak tak ada beg telekung." 



Jadi telekung saya kembali dalam beg plastik ini. Sekian, terima kasih. 





No comments:

Post a Comment